Wednesday, May 27, 2009

PURA-PURA

Pura-pura ke menjadi kura-kura yang menyorok di balik cengkerangnya? aku pun tak mengerti.. bolehkah berpura? kenapa mesti berpura? kenapa tidak terzahir segala apa yang dirasa? itukah sebenar dirimu?mungkin itu dirimu yang sendiri kau tidak kenali

aku tidak mengerti.. jelaskan padaku.. kenapa mesti begitu? menjaga hati? hati siapa yang dijaga? hati manusia lain sedang dirimu tersepit sesak begitu? kasihan pada diri namun terasa simpati meninggi pada insan lain.. demi menjaga baiknya perhubungan, maka segala rasa ditelan sendiri...

aku ingin tumpang sedih dan sesak itu..
kerna ku tahu betapa sukarnya berpura dalam keadaan yang tidak mahu mengizinkan..
segalanya kerana terpaksa..
bukan salah untuk diri berpura..(ini hanya pada diriku)
tapi kesesakan yang kau tanggung itu..pedih jiwa yang merasa...siapa tahu kalau bukan hanya DIA YANG MENGERTI...
menyuruhmu berhenti berpura?mahukah?
pasti tidak mungkin dapat kau lakukan..
kerana..
kerana kau menjaga hati manusia lain..
sayangi dirimu dalam apa yang kau lakukan..hanya dengan itu kau kan mencintai ALLAH SATUNYA
Kepuraanmu jangan sampai mengundang padah sesama manusia,mengundang murka YANG MAHA ESA

No comments:

Post a Comment